Telah diberitakan bahawa menerusi Program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) kelolaan
Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda Barisan Nasional menyasarkan untuk membantu
500,000 pemohon dari kalangan orang muda mendapat lesen
Seiring dengan matlamat utama membantu warga Malaysia khususnya golongan muda untuk
memiliki lesen motosikal yang sah selain memberi kesedaran mengenai undang-undang jalan raya
dan membina etika pemanduan berhemah.
Menariknya melalui skim ini pemohon dapat menikmati lesen motosikal kelas B2 pada kadar
RM199, iaitu 50 peratus lebih rendah daripada harga biasa
SYARAT KELAYAKAN :
· Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara
17 hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013
· Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas
lesen memandu
· Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja
· Sihat tubuh badan
· Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan
oleh pihak Penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
· Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar
semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada ‘My E.G. Services
Berhad’)
· Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses
pendaftaran.
·
Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ
Pada perkara berkaitan ia turut menawarkan beberapa
keistimewaan lain antaranya yuran ujian
berkomputer RM17 yang dikenakan bagi
ujian berkomputer akan ditanggung sepenuhnya jika
peserta terpaksa mendudukinya
semula
Disamping itu juga mereka yang terpilih akan
dihubungi setelah program itu dilancarkan
Pendaftarannya akan dibuat selepas dilancarkan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
akhir bulan ini
CARA PERMOHONAN
· Kepada yang berkelayakan dan berminat boleh
mendaftar nama untuk menikmati insentif program ini melalui laman sesawang
rasmi BL1M klik url www.bl1m.my
· Jika
mengalami kesukaran untuk akses laman daftar online BL1M,anda boleh guna MyEG
sebagai cara alternatif lain untuk mendaftar sila klik http://www.myeg.com.my/BM/index.html
Ini adalah contoh paparan Borang Permohonan BL1M.
p/s : kenapa la masa mambang dulu xde benda2 ney.... :'( ...apa2 pon, tahniah kepada mereka yang dapat dan yang belum memohon, cepat2 la apply takut nanti habis plak :)
0 comments:
Post a Comment