Baru2 ni isu rokok elektronik ni jadi debat besar jugak.
Adakah vaping/rokok elektronik selamat?
1) Dr Zakaria Abdullah, pakar herba dan kesihatan tempatan, menyatakan glycol (PG) dan glycerin (VG) \ \
(yang terkandung dalam e-liquid) tiada rekod yang menunjukkan mereka bahaya.
2) Dr Hairulfaizi Haron, Pakar Jantung dan Paru – paru PPUKM, menyatakan rokok tembakau mempunyai
pelbagai - bagai toksik manakala rokok elektronik hanya mengguna pelarut, nikotin serta perisa. Beliau
menasihati supaya nikotin tidak digunakan secara berlebihan (zero nikotin terus lagi bagus).
3) Boston University School of Public Health membuat kesimpulan bahawa rokok elektronik adalah lebih
selamat daripada rokok sebenar dan mungkin membantu perokok berhenti merokok, mereka menyatakan
“tahap bahan kimia yang dikesan dalam rokok elektronik tidak menimbulkan kebimbangan kesihatan yang
serius”. “Rokok elektronik juga didapati serupa dengan pengganti nikotin {seperti NiQuitin) yang sedia
ada”.
4) Dr Konstantinos Farsalinos daripada Onassis Cardiac Surgery Center membentangkan “Rokok el
ektronik adalah alternatif yang lebih selamat kepada rokok tembakau…. Memandangkan bahaya
melampau yang dikaitkan dengan merokok, data sedia ada menunjukkan bahawa rokok elektronik adalah
jauh kurang berbahaya dan menggantikan tembakau dengan rokok elektronik mungkin bermanfaat untuk
kesihatan.”
5) American Association of Public Health Physicians (AAPHP) menyokong penjualan rokok elektronik
kepada orang dewasa “kerana ia berkemungkinan menyelamakan 4 daripada 8 juta perokok di Amerika
yang sebaliknya akan mati disebabkan penyakit berkaitan dengan tembakau dalam masa 20 tahun.”
0 comments:
Post a Comment