Serpihan
tahi bintang (meteor) meletup dan jatuh di tengah Rusia pada Jumaat
sehingga mencetuskan panik apabila ia mengakibatkan gegaran yang
menyebabkan tingkap pecah dan lebih 500 orang cedera. Keadaan itu
menyebabkan trafik tergendala di bandar Chelyabinsk apabila sebahagian
tahi bintang yang jatuh terbakar di paras rendah atmosfera di bandar
itu.
Menurut
sumber Kementerian Kecemasan Rusia, pada pukul 9.20 pagi (waktu Rusia),
sebuah objek dilihat di atas Chelyabinsk di mana ia terbang dengan
kelajuan yang tinggi dan meninggalkan kepulan asap di belakangnya. Dalam
masa dua minit, terdapat dua letupan.
0 comments:
Post a Comment