January 11, 2013

TUTORIAL : Search Engine Khas Untuk Pelajar, Pensyarah, dan Mahasiswa!

Leave a Comment
 Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ini mambang akan berkongsi satu perisian khas dimana sesuai digunakan oleh mahasiswa/wi, para pelajar, guru-guru serta pensyarah di serata Malaysia. Perisian ini dinamakan sebagai WebFerret.

Apa itu WebFerret??

WebFerret adalah satu perisian komputer yang berfungsi sebagai 'Search Engine' sama seperti Google dan Yahoo serta 'search engine' yang lain. Namun, fungsi utama WebFerret ini ialah untuk memudahkan para pelajar ataupun pensyarah serta guru-guru mencari bahan ataupun artikel yang berkaitan dengan matapelajaran mereka. Dalam erti kata lain, WebFerret berfungsi sebagai 'search engine' yang banyak mengenai ilmiah.


Berikut adalah perbezaan 'search engine' Google dan WebFerret. (Klik Gambar Untuk Besarkan)

Carian : Linear Algebra

Dengan WebFerret


dengan WebFerret, hasil pencarian akan lebih efektif dan memuaskan para pengguna. Di sini kita dapat saksikan di mana perisian ini menapis dan memberikan yang terbaik.

Dengan Google

 ini adalah hasil carian menggunakan 'Google Search' di mana menunjukkan sebanyak hampir 9,980,000 perkara yang berkaitan dengan keyword kita. Namun ianya tidak menepati serta tidak ditapis secara terperinci.



Perisian WebFerret ini adalah percuma dan saiznya hanya 751KB sahaja dan tidak mendatangkan apa-apa masalah kepada pc / laptop anda.

Dapatkan perisian WebFerret di sini

Download WebFerret

Gambar di bawah ialah cara-cara setup file WebFerret dan Cara Menggunakannya

STEP 01 : Open File yang telah di muat turun tadi kemudian akan keluar paparan seperti ini
 'Untick' pada ketiga-tiga kotak seperti dalam gambar dan klik 'Next'


STEP 02 : 
Pilih option 'None' kemudian klik finish

Selesai....

Cara Menggunakan WebFerret :

Langkah 1 : Double-click pada icon WebFerret yang terdapat pada Dekstop anda



 Langkah 2 : Taip keyword / perkataan yang ingin dicari. Contoh : 'polar coordinates' dan tekan 'Enter'
 Selepas beberapa saat, akan keluarla link-link / website yang hanya berkaitan dengan keyword anda dan double-klik link mana yang berkenan di hati anda :) 


Akhir sekali secara automatik, ia akan terus membuka 'browser' anda dan redirected ke link tersebut . 

Terima kasih. Setakat ini sahaja tutorial dari mambang. Harap ia dapat membantu serba sedikit masalah dan memudahkan anda mencari bahan-bahan rujukan.

p/s : komen di bawah sekiranya anda tidak dapat mendownload perisian tersebut

0 comments:

Post a Comment

.