December 19, 2012

INFO : Misteri Kematian Firaun Ramses III Terlerai

Leave a Comment

ROM – Punca kematian Firaun Ramses III kini tidak lagi membingungkan pakar sejarah selepas satu analisis baru membantu menyelesaikan misteri itu.
Kajian menunjukkan leher firaun berkenaan dikelar dalam satu rancangan bunuh oleh isteri dan anak lelakinya.
Imbasan CT menunjukkan satu hirisan dalam dan panjang pada leher mumia firaun itu yang dibalut.
Balutannya tidak dapat dibuka bagi memelihara keadaan firaun itu, kata penyelidik.
“Akhirnya, dengan kajian terbaru ini, kami berjaya menyelesaikan misteri sejarah purba Mesir,” kata ketua penyelidik, Albert Zink dari Institut Mumia dan Zaman Ais di Itali.
Ketika siasatan dilakukan di Muzium Mesir di Kaherah, mereka juga menemui satu tangkal kecil pada bahagian luka Firaun itu.
Zink berpendapat, juruawet mumia itu meletakkan tangkal itu dengan harapan ia akan menyembuhkan luka berkenaan selepas kematiannya.
Ramses III yang sering dirujuk sebagai firaun agung terakhir, bertakhta mulai 1186 hingga 1155 Sebelum Masehi. – REUTERS

0 comments:

Post a Comment

.