November 08, 2012

INFO : Windows 8 Berharga RM45 dan Cara Memasangnya

Leave a Comment

 Window 8 Semurah RM45 Dan Cara Memasangnya




Sistem operasi Windows 8 mula dilancarkan di Malaysia yang mempunyai antaramuka cukup mengagumkan dan dilihat inovasi paling menarik berbanding siri-siri Windows sebelum ini.
Lebih hebat lagi, apabila kita menyaksikan Windows 8 sebagai OS yang mesra tablet, sesuatu yang jarang didapati pada produk Microsoft sebelum ini.
Ada yang bertanyakan bagaimana untuk memasang perisian OS baru ini? Jika anda mempunyai PC, anda sebenarnya tidak perlu membeli PC baru tetapi cukup untuk mengemaskininya seperti berikut:
Langkah 1 — Periksa kemampuan PC anda menyamai seperti berikut:
1. Prosesor: 1GHz CPU atau lebih laju
2. RAM: 1GB (32-bit) atau 2GB (64-bit)
3. Ruang cakera: 16GB (32-bit) atau 20GB (64-bit)
4. Grafik: DirectX 9- lengkap dengan pemacu WDDM
Langkah 2 — Resolusi skrin mestilah sekurang-kurangnya 1024 x 768 piksel.
Langkah 3 — kumpul semua pemacu atau driver bagi peralatan lain seperti pencetak dan sebagainya. Ada yang tidak mengikut piawaian Windows 8 jadi lihat item Windows Upgrade Assistant dalam laman web Microsoft untuk lihat pemandunya.
Langkah 4 — Lakukan backup untuk semua data. Gunakan penyimpan atau pemacu cakera keras mudah alih
Langkah 5 — simpan dan kumpul semua kata laluan atau lesen perisian
Langkah 6 — Layari laman web Microsoft di http://windows.microsoft.com/en-US/windows/home
Langkah 7 - Klik ikon 'Get the details'. Harganya antara $39.99(RM122) atau $69.99 (RM214).
Apabila anda klik pada capaian Download Pro, ia memaparkan ikon 'installer'. Failnya sebesar 5MB yang akan memaklumkan kepada sekiranya komputer anda boleh atau tidak memasang perisian baru Microsoft itu.
Selepas memasangnya, ia akan memaparkan berapa banyak aplikasi, perisian lain dan sebagainya dalam komputer anda yang sesuai dengan Windows 8.
Anda tidak perlu lakukan apa-apa ketika proses dijalankan, ini kerana Windows 8 akan melalui semua proses dan akan memaklumkan sendiri berbentuk notifikasi yang memerlukan perhatian anda. Ia juga akan menyimpan semua tetapan, aplikasi dan fail jika ia sesuai dengan persekitaran Windows 8 tersebut. Pada kebanyakan fail, ia beroperasi dengan baik.
Jika tidak terdapat beberapa cara lain untuk mendapatkan Windows 8 seperti pembelian peranti berasaskan Windows 8 yang baru yang telah dikeluarkan seperti Acer, Asus, Dell, Fujitsu, HP, Lenovo, LG, Samsung, Sony dan Toshiba malah ada di kalangan vendor yang menawarkan PC hibrid iaitu gabungan tablet dan papan kekunci yang bercantum menjadi laptop.
Ada yang bertanya, 'saya baru membeli PC Windows 7, macam mana?' sehingga kini, Microsoft menawarkan pilihan dengan mendapatkan Windows 8 pada harga semurah USD$14.99 (RM45). Ia terbuka kepada pengguna yang sudah membeli Windows 7 Home Basic, Home Premium, Professional atau Ultimate. PC yang dibeli mestilah dari tarikh 2 Jun 2012 hingga 31 Januari 2013 sahaja dan anda boleh menebus harga murah tersebut hingga penghujung Februari 2013.
Adakah Windows 8 benar-benar berbaloi? Jawapannya, ya!


Source

0 comments:

Post a Comment

.