October 06, 2012

INFO : Doa Semasa Jumpa Dengan Ular Tedung

Leave a Comment
Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca blog mambang. Entry kali ney Mambang nak bagi 1 kelainan sikit iaitu sedikit jampi/doa untuk dibaca ketika berjumpa dengan Ular Tedung.




Jadi, reaksi biasa orang yang tak biasa jumpa ular akan menjerit “Wei ular wei, ular wei, lari lari, kang dia patuk, biru bibir”. Tapi, untuk zaman millenium ni, “wei ular wei, ular, tangkap gambar cepat nanti leh upload pesbuk”. Hamjad tol. Ular tedung tu, bukan setakat patuk baru leh kiok, sekali dia sembur bisa dia, buta seumur hidup. Tu yang bahaya tu.


Kalo pak cik jumpa ular, sama la pak cik. Akan melompat seperti pelompat jauh negara, pastu lari sejauh mungkin sampai putus2 selipar jepun. Oleh itu, bagi korang yang berani, ataupun korang yang milenium, nampak benda pelik sikit nak tangkap gambar masuk fesbuk, boleh la gunakan doa ni ketika korang berjumpa dengan ular tedung.
Bismillahirrahmanirrahim.
Adong-adong kepala jisak,
Pergi ke hutan berjakar-jakar,
Wahai tedung kepada kau rosak,
Diam kau seperti akar.
Allah!
Allah!
Allah!
Korang baca dan hembus pada ular tersebut. Untuk pantangan ilmu ni, ular tersebut tak boleh la engkorang bunuh ya. Segeralah tangkap gambar dan beredar terus dari situ. Amat lah tidak wajar untuk korang terus menunggu demi melihat ular tersebut kaku seperti kayu.
Credit to : Tuan Guru Iqbal 

0 comments:

Post a Comment

.