Mana-mana kelas komputer yang korang pergi pun, cara ini yang akan mereka ajar. Tuhan mengurniakan kita 10 jari di tangan dan pastinya kesemuanya ada motif yang tertentu diluar jangkaan kita mungkin.
First, sila renung keyboard korang betul-betul. Tumpukan perhatian pada huruf “F” dan “J”. Perasan atau tidak yang dua huruf itu terdapat satu tanda kecil yang timbul. Kalau ada, tolong jangan ingat tanda tu untuk kegunaan orang buta. Orang buta tak guna keyboard macam kita ye? So letakkan jari telunjuk kanan pada huruf “J” dan telunjuk kiri pada huruf “F”. Dan jari-jari lain susun sahaja mengikut huruf di sebelah.
Masa korang baca kat bawah ni, sila buat praktik’kan sekali jari-jari tu.
Ibu Jari
Satu ibu jari kanan atau kiri (ikut mana selesa) digunakan untuk menekan butang SPACE. Satu lagi ibu jari digunakan untuk control touchpad (jika korang menggunakan notebook).
Jari telunjuk
Jari telunjuk kiri digunakan untuk menekan butang F, G, R, V, B dan T.
Jari telunjuk kanan pula digunakan untuk menekan butang J, H, Y, U, N dan M.
Jari Hantu (tengah)
Jari hantu kiri digunakan untuk menekan butang D, C dan E
Jari hantu kanan pula digunakan untuk menekan butang K, I dan koma (,)
Jari Manis
Jari manis kiri digunakan untuk menekan butang S, W dan X
Jari manis kanan pula digunakan untuk menekan butang L, O dan Noktah (.)
Jari Kelinking (anak jari)
Jari kelinking kiri digunakan untuk menekan butang A, Q, Z, Shift, Caps Lock dan Tab
Jari kelinking kanan pula digunakan untuk menekan butang (titik bertindih ;), P, slash (/) dan Enter
Selesai. Itu sahaja asas yang perlu kita tahu dan bila jadi korang dah berada di tempat yang betul, jari tu sendiri akan bertindakbalas dengan mana-mana butang lain yang ingin korang tekan termasuklah nombor-bombor yang berderet kat atas tu. Untuk lebih membantu korang practice menaip dengan 10 jari ni, google je la software type ye.
So sekarang, korang dah tahu kenapa keyboard tu betul-betul seni cara susunan dia. Maksud Khai, tidak disusun selari antara setiap huruf atas dan bawah. Z, X, C dan V pula adalah huruf paling sukar dicapai kerana itu huruf yang sangat jarang kita gunakan. Wonder, siapa yang otai sangat cipta Keyboard QWERTY ni yer? Bill Gate juga kah?
Korang boleyh try menaip di sini :
susahnya Allahurabbi..
ReplyDeletetq info.....tengah try nka taip dgn cara yg betul :)
ReplyDelete