September 02, 2012

SUKA-SUKA : 8PERKARA YANG MENYAKITKAN HATI WAKTU KENDURI KAHWIN

Leave a Comment

Beberapa bulan lagi musim kenduri kahwin akan bermula. Dari pagi ke petang, akan bergerak dari satu rumah ke rumah yang lain meraikan terbinanya masjid indah dua pasangan. Namun begitu, dalam meraikan kemeriahan ni, ada beberapa perkara yang aku sakit hati sangat sangat ketika di majlis pernikahan. 



I) Pergi kenduri nak makan aja tapi menolong tak nak. 
Bila sampai aja kat kenduri, terus pergi ke khemah kenduri mencari nasi. Bila dah kenyang mentedarah cepat cepat dia angkat kaki nak berambus. Tak ada pun terfikir nak tolong basuh pinggan ke, buat air ke atau lapik tipu. Salam pun tidak dengan tuan rumah. Aku pun kadang kadang buat macam ni jadi tak boleh nak kata apa la kan. :$ 





II) Selipar main sarung aja. 
Sesedap hati mak bapak dia aja sarung selipar aku macam tu atuk dia yang beli! Aku tau la yang dekat pintu rumah tu penuh dengan selipar tetamu kenduri jadi kadang kadang selipar kita tak nampak, tapi tu tak bagi kau lesen untuk pakai selipar orang lain tanpa kebenaran. Sepatutnya bila kau dah tahu banyak selipar dekat situ, otak tu patut kreatif sikit berfikir dekat tempat tersorok mana nak letak selipar supaya senang nak pakai ketika sibuk berkenduri. Ini tidak, selipar kita pula yang ditibainya. Kalau selipar tu memang dijamin 100% akan berada kat situ balik selepas digunakan lain cerita tapi masalahnya orang melayu ni bila dah sedap dikaki, sampai ke rumah selipar orang dibawanya. Yang aku lagi mendidih tu bila selipar yang aku beli tu mahal dan lawa! Sesaja dia buat dajal. 

III) Lauk rasa manis 
Ni yang paling aku pantang! Tekak aku ni tekak versi Negeri Sembilan bukannya tekak versi Kelantan jadi apa pasal kau pergi menggatal letak gula dalam lauk. Kalau kenduri yang kau buat tu diluar Negeri Sembilan, aku boleh faham sebab orang luar tak berapa suka makan benda pedas tapi masalahnya kau tu duduk dekat Rembau! Aku perasan kes lauk manis selalunya pada lauk ayam sambal. Macam makan kek coklat manisnya. Geli tekak aku makan. Dia dah tahu orang Negeri suka benda pedas jadi apa susahnya dia buat apa yang kita suka? Kalau ada yang membantah sebab dia tak makan pedas, suruh aja dia makan lauk lain. Sepatutnya ikut citarasa majoriti bukannya minoriti. Tak makan lauk pedas konon. :-S 

IV) Hantaran kahwin mahal sangat 
Aku tau la ada sesetengah lelaki mampu bayar hantaran kahwin mahal mahal tapi sumpah aku tak faham apa function semua tu? Kalau aku jadi perempuan la kan, aku minta seribu dua aja. Buat apa mahal mahal - kahwinkan anak atau jual anak? Lepas tu, ada pula adat bayar tol bagai. Saja bernawaitu mempapakedanakan si lelaki supaya si emak bapa perempuan boleh bermegah megah dengan jiran yang menantu lelaki dorang kaya. Dulang hantaran pula ditetapkannya sampai 10 macam. Kalau anak perempuan dia tu cantik, bijak, baik bagai berbaloi la tapi masalahnya anak dia tu muka macam ayam kena lenyek tengah jalan, ambil SPM pun tak lepas dan perangai mengalahkan syaitan. Minta maaflah kalau aku terlalu berterus terang tapi bila cakap cara lembut bukannya mak bapak perempuan tu nak sedar. 






V) Mak cik mengumpat. 
Masa potong daging, potong bawang ni lah mak cik mak cik tak sedar diri mengumpat pasal hal keluarga pengantin dan pengantin itu sendiri. Gembira betul dorang mengumpat terutama sekali memandangkan geng mengumpat masa kenduri macam ni. Ada tu mengata pasal kononnya si pengantin perempuan tu dah hilang dara la, si lelaki tak mampu nak sediakan pelamin la, khemah sikit la itu la ini la. Masalahnya, mak cik mak cik macam ni la yang anak dia rosak. Hal yang tak sepatutnya dia masuk campur, dia pergi menyibuk. Salah ke kalau pelamin tak ada dalam majlis pernikahan? Siapa beritahu dia dengan yakin dan pasti pengantin perempuan dah hilang dara? 




VI) Menyuruh orang lain buat kerja tapi anak sendiri tak disuruh 
Yang ni aku pernah kena banyak kali jadi memang sakit hati la. Pak cik pak cik aku memang handal suruh anak buah dia jaga api, potong itu, potong ini bagai tapi anak dia yang bontot makin melebar dibiarkan bersolek berjam jam sedangkan aku dan adik beradik aku berpeluh peluh buat kerja. Dia ingat aku ni kuli batak dia agaknya? :@ 



VII) Lauk satu jenis aja. 
Ni paling aku tak faham. Pernah sekali aku pergi kenduri dan lepas beberapa lama aku sedar yang lauknya sebenarnya sama aja. Daging lembu tu dipelbagaikan cara masakannya jadi disitu ada la gulai lembu, sup tulang lembu, rendang lembu dan sebagainya bertemakan lembu! Ada tiga kemungkinan tentang tuan majlis ni. Pertama, dia peminat setia lembu. Kedua, dia memang tak sedar ada binatang lain selain lembu dalam dunia ni. Atau ketiga, dia saja nak troll tetamu majlis dia. 


VIII) Menolong tak nak tapi bawa balik lauk no1. 
Dia datang betul betul pukul 12 masa orang tengah makan kenduri lepas tu minta bungkus lauk. Tuan rumah tu ajak datang untuk makan bukannya untuk korang minta bawa balik lauk. Kecuali la kalau tuan rumah tu yang bagi. Dah la menolong kenduri tak nak. Menyampah betul aku dengan orang jobo macam ni! 

0 comments:

Post a Comment

.